Monday, June 15, 2009

Pendaftaran Ahli Baru Cawangan Kg. Sekukuh Darat



Pada 7 Jun 2009, kami di Biro Daftar Pemilih dan Penambahan Ahli PPU Pekan telah mengadakan program mencari ahli baru di Cawangan UMNO Kg. Sekukuh Darat. Kami telah berjaya menarik serta menambah bilangan ahli baru di Cawangan UMNO tersebut. Salam terima kasih dari kami di Biro Daftar Pemilih Dan Penambahan Ahli PPU Pekan buat Ketua Cawangan dan Saudara Abdullah(Ketua Pergerakan Pemuda UMNO) Cawangan tersebut

Pendaftaran Ahli Baru Cawangan Pulau Keladi



Pada 16 May 2009, kami Biro Daftar Pemilih dan Penambahan Ahli PPU Pekan telah mengadakan program mencari ahli baru di Cawangan UMNO Pulau Keladi. kami telah berjaya menarik serta menambah bilangan ahli baru di Cawangan UMNO tersebut. Salam terima kasih dari kami di Biro Daftar Pemilih Dan Penambahan Ahli PPU Pekan buat Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Pulau Keladi.

Program Pemuda UMNO Pekan & PPMC



Pada 26 April 2009, Kami telah di jemput oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan PPMC ( Pekan Pahang Motorsport) untuk turut serta menjayakan program tersebut. Di dalam program tersebut kami telah membuka kaunter dan alhamdulillah kami berjaya menarik serta menambah bilangan ahli pemuda UMNO baru dari golongan belia. Program ini telah di rasmikan oleh YB Timbalan Menteri Belia Dan Sukan (Dato' Razali Ibrahim) dan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari golongan Belia Daerah Pekan. Salam terima kasih buat Pengerusi Biro Belia,Sukan dan Rekreasi (Saudara Jamali Ali), Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan & PPMC dari kami di Biro Daftar Pemilih dan Penambahan Ahli PPU Pekan

Program XPDC Berakit Antarabangsa Negeri Pahang Di Kg. Kiambang



Pada 27 May 2009. Kami di Biro Daftar Pemilih dan Penambahan Ahli PPU Pekan telah di jemput oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kiambang untuk turut serta menjayakan program XPDC Berakit Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang. Kami berjaya mendaftar dan menambah ahli Pemuda baru bagi cawangan tersebut. Salam terima kasih buat Ketua Pemuda UMNO Cawangan ( Saudara Suffian Sulaiman) serta Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Kiambang dari kami di Biro Daftar Pemilih dan Penambahan Ahli PPU Pekan.

Program Gotong Royong Dan Sukanneka di UMNO Cawangan Kg. Dato' Shah Bandar



Pada 16 May 2009, Kami di Biro Daftar Pemilih Dan Penambahan Ahli PPU Pekan telah di jemput oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Dato' Shah Bandar untuk turut serta menjayakan Program gotong royong dan sukaneka di cawangan tersebut. Kami berjaya menarik ahli baru di cawangan tersebut. Salam terima kasih buat Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Dato' Shah Bandar ( Saudara Khairul Annuar Abdul Karim) serta Ahli Pemuda Cawangan tersebut.

Program Anugerah Belia Peringkat Daerah Pekan



Pada 31 April 2009, Kami di Biro Daftar Pemilih dan Penambahan Ahli PPU Pekan telah di jemput oleh Majlis Belia Daerah Pekan untuk turut serta memeriahkan dan menjayakan program tersebut. Di dalam program tersebut, kami telah membuka kaunter dan berjaya menarik minat golongan belia daerah Pekan untuk bersama menjadi Ahli Pemuda UMNO Pekan. Terima kasih di atas jemputan kepada Majlis Belia Daerah Pekan dari kami di Biro Daftar Pemilih dan Penambahan Ahli PPU Pekan.

Aktiviti BBQ di Kg Padang Rumbia, Pekan



Ahli Jawatankuasa Biro Daftar Pemilih Dan Penambahan Ahli PPU Pekan telah di jemput pada 1 Jun 2009 oleh Ketua Pemuda Umno Cawangan Padang Rumbia untuk turut bersama memeriahkan majlis BBQ bersama Pemuda Umno Cawangan Padang Rumbia. Di dalam majlis, kami berjaya menarik serta menambah bilangan ahli baru Pemuda bagi Cawangan Kg. Padang Rumbia. Syabas buat Ketua Pemuda Umno Cawangan Padang Rumbia ( Saudara Yosri Mohd Salim) serta Ahli-ahli Pemuda Cawangan tersebut. Salam Tahniah dari kami di Biro Daftar Pemilih dan Penambahan Ahli PPU Pekan.

Monday, June 1, 2009

Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog Biro Daftar Pemilih Dan Penambahan Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan. Laman blog Biro Daftar Pemilih Dan Penambahan Ahli ini akan memaparkan segala maklumat serta aktiviti program-program berkaitan biro dari masa ke semasa. Sebarang pertanyaan boleh email kepada kami di daftarpemilih.ppupekan@gmail.com atau boleh menghubungi kami di talian 013-915 3552 (Setiausaha Biro). Salam hormat dari kami di Biro Daftar Pemilih Dan Penambahan Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan.